CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kelahiran

Setiap kelahiran pasti ada sebab kedatangannya

Ia datang kerana rasa cinta dan sayang
Dan mungkin ia datang kerana paksaan seseorang

Tidak kiralah apa alasan atau persoalan
yang bakal ditimbulkan
yang pasti kelahiran itu adalah satu anugerah

Anugerah yang dicipta oleh tuhan
dan diberikan kepada orang yang betul-betul
mempunyai sifat penyayang

Tapi bagaimana dengan manusia
yang mensia-siakan anugerah itu
tiada mempunyai rasa belah kasihan
pada anugerah itu
atau Tuhan salah memberi anugerah itu ke tangan seseorang
yang pasti Tuhan sentiasa benar
dan manusia sentiasa berubah

sayangilah anugerah yang diberikan oleh tuhan kepada kita
bimbinglah anugerah ke jalan yang benar
cintailah anugerah seikhlas hati
kasihilah anugerah sepenuh jiwaraga

dan anugerah akan sentiasa mendoakan kita bila kita disisi Tuhan…

*KaryaKataHati by Raqualila

Harapan

Mula bicara mimpimu
Gelap gelita tanpa dirimu
Hanya cintaku dimindamu
Aku mula dihatimu..

Cuba kembali mengikat kasih
Kasih  diingin hati terpisah

Di taman aku  bersinar

Di hatimu  aku hanya luhur..

*KaryaKataHati by Raqualila

Sepi

Sepi aku disini
Tenang aku disana
Bosan aku disini
Aman aku disana…

Angin kipas ditiupkan
Angin marah dibuangkan
Akan aku selalu dituipkan
Akan aku selalu dibuangkan..

*KaryaKataHati by Raqualila

                                                                                                                

Kita Berbeza

Aku pandang kiri kau tiada
Aku pandang kanan kau tiada...

Hati terluka kerana kau
Hati gembira kerana kau...

Jauh dikau jika tak sudi
Dekat dikau  jika  sudi...

Pegang tangan aku
Jika kau sudi menerima aku
Pegang tangan aku
Jika kau ingin menyerahkan aku

Kepada si dia...

*KaryaKataHati by Raqualila

Kejayaan

Tak semua orang boleh terima
kelemahan kita
tapi yang pasti ramai
yang akan terima
kekuatan kita

Jangan jadikan kelemahan kita
satu kegagalan dalam hidup
tapi
jadikan ia satu cabaran kehidupan 
untuk menjadi orang yang lebih berjaya

*KaryaKataHati by Raqualila

Takdir Aku

Ia datang ia pergi
seperti kawan, cinta dan rezeki

Jangan berharap
ia datang cepat
tapi...

Berharap yang kita 
boleh menggunakan sebaik mungkin

kerana ia sangat berharga dan bernilai
dan lebih bererti

*KaryaKataHati by Raqualila

Bila Air Mata

 Bila air mata dah mengalir
itu bermakna ada hati
yang terseksa dan derita

Bila air mata dah mengalir
itu bermakna ada hati
yang gembira dan suka

Bila air mata aku mengalir
hanya aku yang mengerti
apa yang berlaku

*KaryaKataHati by Raqualila

Tidur

Badan lemah
Mata penat
Mulut buka tutup
Air mata mengalir

Bantal panggil
Tilam sedia
Itu maknanya
Jom tidur..


*KaryaKataHati by Raqualila