CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kelahiran

Setiap kelahiran pasti ada sebab kedatangannya

Ia datang kerana rasa cinta dan sayang
Dan mungkin ia datang kerana paksaan seseorang

Tidak kiralah apa alasan atau persoalan
yang bakal ditimbulkan
yang pasti kelahiran itu adalah satu anugerah

Anugerah yang dicipta oleh tuhan
dan diberikan kepada orang yang betul-betul
mempunyai sifat penyayang

Tapi bagaimana dengan manusia
yang mensia-siakan anugerah itu
tiada mempunyai rasa belah kasihan
pada anugerah itu
atau Tuhan salah memberi anugerah itu ke tangan seseorang
yang pasti Tuhan sentiasa benar
dan manusia sentiasa berubah

sayangilah anugerah yang diberikan oleh tuhan kepada kita
bimbinglah anugerah ke jalan yang benar
cintailah anugerah seikhlas hati
kasihilah anugerah sepenuh jiwaraga

dan anugerah akan sentiasa mendoakan kita bila kita disisi Tuhan…

*KaryaKataHati by Raqualila

No comments: